Saturday, 23 July 2011

Mee Jawa....

Hehehehe........... hmmm mcm ada beberapa lama pulak sy nda memblogkan diri. Hari tu masak kue teaw basah tapi malas mo ambik gambar lagipun resepi sendiri dan rasa dia pun tidaklaa best sangat... tp boleh makan dan tidak muak.. Hari ni pulak sy inda pulak masak..just intai-intai resepi...hmmm... mo cari resepi mee jawa... actually mo cari resepi mee dusun tapi mcm inda wujud dalam dunia masakan nama resepi tuh...hehehehe... oleh kerana cadangan seorang guru supaya sy mencari resepi nih dan kerana dia pun dah membelanja saya mee jawa..jadi sy pun cuba-cubalaa mengintai-intai apa yang boleh diintai.. mmg ada banyak resepi mee jawa yang sy dah jumpa.. ada yang ringkas dan ada pulak yang kompleks.. tp sy prefer yang ringkas dan sihat. kenapa sy bilang sihat? sbb semasa makan kita tidak digalakkan makan makanan darat [daging, kalau sumber tumbuhan ok kali] campur dengan makanan laut [haiwan lautlaa kalau rumpai laut ndapa kali]. jadi maksudnya tidak digalakkan makan daging ayam atau lembu atau kambeng dan yang sedarat dengannya bercampur ikan apatah lagi udang, kerang dan yang selaut dengannya.. so selepas mempertimbangkan resepi segala resepi sy pilih resepi ini untuk dicoba pada masa yang akan datang..hehehehe....jd letak dalam ni sedia-sedia supaya tidak lupa nanti..heh heh...

Mee Jawa
Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )
  • mee kuning sebgks (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak
Cara-cara
  1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
  4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  6. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang.
  7. bolehla dihidangkan bersama hiasan
ok kan...mmg ok.. hanya makanan laut bertemu tumbuhan darat...oklaa tuh..




tengah sy merayau-rayau pg blog org mencari resepi tadi..tjumpa pulaklaa satu blog yg resepinya melawak...hampeh jugaklaa tp tetapi geli jugak hatiku ini..mcm digeletek-geletek...

Wantan mee 

Kisah ini terjadi di sebuah kedai makan....
Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang:-

PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

A CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....

PELAYAN : ok.....makan cik?

Mat : Saya nak nasi goreng telur mata kerbau satu..

AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"

Maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.

PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam.... mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....

lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 - 3 pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........

MAT & AH CHONG : ???????????????????????

resepi lawak nih sy ambik dari mem Ros..hehehe
http://rozisalehin.blogspot.com/2008/10/wantan-mee.html


No comments:

Post a Comment