lebatnya hujan hari nih...entah kenapa time-time mcm nilaa sy baru teringat untuk memblog...bukannya apa..sibuk berkebun kan... kebun tu susah pulak mo dijaga.. benda yang ditanam pun asyik rosak saja.. mo membajak menggembur tanah pun mo perlu duit...almaklumlah berkebun di Farmville FB.. tinggilaa kosnya...heh... baru-baru ni sy ada mengetest kek pisang.. banyak dapat pisang kan..trylaa ikut resepi.. tp ada yang sy derhaka...sbb dari pengalaman saya yang lalu.. kek pisang nih nda akan kembang kalau dimasak dengan soda bikarbonat dan baking powder sahaja.. dia mau yang lebih power... gunalah tepung naik sendiri... hmm tengok resepi dulu.. baru senang nak cerita..
Bahan-bahan:
1. 2 cwn tepung gandum-sy guna lbh kurang 1 cwn tepung naik sendiri+ 1 cwn tepung gandum
2. 1 s/k baking powder
3. 1 s/k soda bikarbonat
4. 1 cawan gula
5. 4 biji pisang (masak ranum) - dilenyek
6. 1/2 cawan minyak masak
7. 1 s/k esen vanila
8. 2 biji telur
P/S: ada satu lagi resepi boleh diguna dan rasanya pun sedap, kdg2 sy guna resepi ni juga. Caranya sama cuma ganti 2 cawan tepung gandum diatas dgn 13/4 cwn tepung gandum + 1/4 cwn tepung jagung (diayak).
Cara-cara:
1. 2 cwn tepung gandum-sy guna lbh kurang 1 cwn tepung naik sendiri+ 1 cwn tepung gandum
2. 1 s/k baking powder
3. 1 s/k soda bikarbonat
4. 1 cawan gula
5. 4 biji pisang (masak ranum) - dilenyek
6. 1/2 cawan minyak masak
7. 1 s/k esen vanila
8. 2 biji telur
P/S: ada satu lagi resepi boleh diguna dan rasanya pun sedap, kdg2 sy guna resepi ni juga. Caranya sama cuma ganti 2 cawan tepung gandum diatas dgn 13/4 cwn tepung gandum + 1/4 cwn tepung jagung (diayak).
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah
2. Campurkan soda bikarbonat dan baking powder ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian ayak.
3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi.
4. Masukkan tepung dan kacau sebati sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali tuangkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sebati.
5. Akhir sekali tuangkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sebati.
6. Sapu acuan kek dengan mentega/butter kemudian taburkan tepung dan ratakan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit atau satu jam.
8.Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
mcm yang punya resepi nih namanya ialah intan hidayat.. heh..sembarang saja.. jd sy pun buatlaa kek ini dengan derhakanya... dah siap kek nih..nampak masih tak kembang sangat lagi..jd sy rasalaa.... samada guna3/4 tepung naik sendiri..atau semua sekali guna tepung naik sendiri barulah dia kembang dengan sebenar-benarnya.. sbb mmg nampak sangat beza kek saya dgn kek yang empunya resepi nih..heran betul..
tadaa...hangus-hangus lagi tepi dia kan..hehehehehh... ni guna api kuat sikit.. klu guna api yang lagi nda kuat..alamat 2 jam baru masak kali.. bahagian atas merekah sbb api kuat kott..hohohohoo..
haa..atas ni pulak adalah kek pemilik asal resepi... lawa pulak kan..nampak sangat kembangnya.. jd lain kali kalau mo buat kek pisang mmg kena ingat pakai tepung naik sendiri...